PELAJAR
IPT LEMAH DALAM BERBAHASA INGGERIS
Dewasa
ini, kelemahan menguasai bahasa Inggeris semakin serius dalam kalangan
pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi. Lebih membimbangkan lagi, masalah
ini menular di kalangan pelajar Melayu. Terdapat pebagai faktor yang menjadikan
mereka sebegitu. Antaranya ialah, para pelajar jarang mempraktikkan bahasa
Inggeris yang telah mereka pelajari. Kebanyakkan para pelajar juga kurang membaca bahan dalam bahasa Inggeris dan
tidak mengambil tahu berkaitan isu-isu semasa menyebabkan pemikiran mereka
terlalu cetek. Mereka tidak mempunyai minat untuk membaca surat khabar bahasa
Inggeris dan terlalu memfokuskan minat mereka kepada bacaan yang berbentuk
hiburan sahaja. Contohnya mereka lebih berminat kepada surat khabar hiburan
seperti Harian Metro dan Kosmo. Para pelajar akan membaca bahan bahasa Inggeris
apabila disuruh sahaja.
Selain
itu, pelajar-pelajar yang lemah menguasai bahasa Inggeris adalah kebanyakanya
pelajar-pelajar yang memandang bahasa Inggeris hanyalah sebagai satu subjek
yang perlu diambil semasa peperiksaan. Mereka belajar bahasa Inggeris
semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka juga menganggap bahasa
Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan menyusahkan. Apabila mereka telah
beranggapan sebegitu rupa, terlalu mustahil bagi mereka untuk meminati bahasa
Inggeris. Kebanyakkan pelajar Melayu tidak mahu mencuba dan takut kepada
kesalahan.
Seterusnya,
disebabkan oleh latar belakang sosial
kehidupan mereka. Pelajar luar bandar yang kurang terdedah dengan penggunaan
bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian. Oleh itu, mereka terlalu terhad
untuk menggunakan bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang
sedikit terhadap bahasa Inggeris dan tidak memberi peluang untuk diri sendiri
berinteraksi mengunakan bahasa inggeris. Pelajar juga kurang motivasi dalam diri
terhadap kepentingan bahasa Inggeris. Mereka malas untuk mengulangkaji dan
menambah pengetahuan dari segi pemahaman terhadap ayat-ayat Inggeris yang
sukar.
Akhir
sekali, pelajar-pelajar juga tidak mahu “meneroka” dengan lebih mendalam
terhadap bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar difahami dan
sukar untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Mengapa pelajar IPT mempunyai
pemikiran yang terlalu cetek terhadap bahasa antarabangsa ini sedangkan bahasa
Inggeris amat penting untuk membawa seseorang itu kearah kemajuan. kebanyakan
dari mereka kurang tatabahasa, tiada keyakinan diri dan malas untuk berusaha
lebih untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka.
No comments:
Post a Comment