Friday, 29 April 2016

ENTRI 4 : GAYA HIDUP SIHAT


BERPUASA KUNCI HIDUP SIHAT


Secara etimologinya, puasa bermaksud menahan. Dalam bahasa arab, orang yang disebut dengan sha’im iaitu orang yang berpuasa. Namun secara terminologinya, puasa boleh didefinisikan sebagai menahan sesuatu pada waktu tertentu oleh orang tertentu dari perkara-perkara spesifik disertai dengan niat. Seperti yang kita ketahui, bulan Ramadan bakal menjengah tidak lama lagi dan tentunya bakal memberikan semangat kepada kita untuk meneruskan ibadah. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini perlu untuk kita fahami dan ketahui tentang kelebihan yang diperoleh semasa berpuasa. Berpuasa tidak semestinya dilakukan pada bulan puasa sahaja, tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja untuk menjaga kesihatan.

Amalan berpuasa mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah, merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah sistolik. Puasa juga dapat memberi kesan dan kelebihan dari sudut psikologi. Dengan berpuasa, ianya dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah 2 kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Hasil keputusan menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor, markah yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. Hal ini dibuktikan  ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Ketika berpuasa, perut akan mengeluarkan bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan melalui proses detoksifikasi. Amalan makan secara berlebihan, diet yang tidak seimbang dengan kuantiti karbohidrat yang tinggi dan makanan berlemak, semasa berbuka boleh menyumbang banyak masalah kesihatan. Ini termasuklah hiperglisemia, pertambahan berat badan dan rasa tidak selesa pada perut. 

No comments:

Post a Comment