Friday, 29 April 2016

ENTRI 4 : GAYA HIDUP SIHAT


BERPUASA KUNCI HIDUP SIHAT


Secara etimologinya, puasa bermaksud menahan. Dalam bahasa arab, orang yang disebut dengan sha’im iaitu orang yang berpuasa. Namun secara terminologinya, puasa boleh didefinisikan sebagai menahan sesuatu pada waktu tertentu oleh orang tertentu dari perkara-perkara spesifik disertai dengan niat. Seperti yang kita ketahui, bulan Ramadan bakal menjengah tidak lama lagi dan tentunya bakal memberikan semangat kepada kita untuk meneruskan ibadah. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini perlu untuk kita fahami dan ketahui tentang kelebihan yang diperoleh semasa berpuasa. Berpuasa tidak semestinya dilakukan pada bulan puasa sahaja, tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja untuk menjaga kesihatan.

Amalan berpuasa mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah, merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah sistolik. Puasa juga dapat memberi kesan dan kelebihan dari sudut psikologi. Dengan berpuasa, ianya dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah 2 kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Hasil keputusan menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor, markah yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. Hal ini dibuktikan  ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Ketika berpuasa, perut akan mengeluarkan bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan melalui proses detoksifikasi. Amalan makan secara berlebihan, diet yang tidak seimbang dengan kuantiti karbohidrat yang tinggi dan makanan berlemak, semasa berbuka boleh menyumbang banyak masalah kesihatan. Ini termasuklah hiperglisemia, pertambahan berat badan dan rasa tidak selesa pada perut. 

Monday, 25 April 2016

ENTRI 3 : ISU-ISU DALAM KOMUNIKASI


PELAJAR IPT LEMAH DALAM BERBAHASA INGGERIS

            Dewasa ini, kelemahan menguasai bahasa Inggeris semakin serius dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi. Lebih membimbangkan lagi, masalah ini menular di kalangan pelajar Melayu. Terdapat pebagai faktor yang menjadikan mereka sebegitu. Antaranya ialah, para pelajar jarang mempraktikkan bahasa Inggeris yang telah mereka pelajari. Kebanyakkan para pelajar juga  kurang membaca bahan dalam bahasa Inggeris dan tidak mengambil tahu berkaitan isu-isu semasa menyebabkan pemikiran mereka terlalu cetek. Mereka tidak mempunyai minat untuk membaca surat khabar bahasa Inggeris dan terlalu memfokuskan minat mereka kepada bacaan yang berbentuk hiburan sahaja. Contohnya mereka lebih berminat kepada surat khabar hiburan seperti Harian Metro dan Kosmo. Para pelajar akan membaca bahan bahasa Inggeris apabila disuruh sahaja.

            Selain itu, pelajar-pelajar yang lemah menguasai bahasa Inggeris adalah kebanyakanya pelajar-pelajar yang memandang bahasa Inggeris hanyalah sebagai satu subjek yang perlu diambil semasa peperiksaan. Mereka belajar bahasa Inggeris semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka juga menganggap bahasa Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan menyusahkan. Apabila mereka telah beranggapan sebegitu rupa, terlalu mustahil bagi mereka untuk meminati bahasa Inggeris. Kebanyakkan pelajar Melayu tidak mahu mencuba dan takut kepada kesalahan.

            Seterusnya, disebabkan oleh  latar belakang sosial kehidupan mereka. Pelajar luar bandar yang kurang terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian. Oleh itu, mereka terlalu terhad untuk menggunakan bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris dan tidak memberi peluang untuk diri sendiri berinteraksi mengunakan bahasa inggeris. Pelajar juga kurang motivasi dalam diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris. Mereka malas untuk mengulangkaji dan menambah pengetahuan dari segi pemahaman terhadap ayat-ayat Inggeris yang sukar.

            Akhir sekali, pelajar-pelajar juga tidak mahu “meneroka” dengan lebih mendalam terhadap bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar difahami dan sukar untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Mengapa pelajar IPT mempunyai pemikiran yang terlalu cetek terhadap bahasa antarabangsa ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting untuk membawa seseorang itu kearah kemajuan. kebanyakan dari mereka kurang tatabahasa, tiada keyakinan diri dan malas untuk berusaha lebih untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka. 

Sunday, 3 April 2016

ENTRY 2 : PERANAN MEDIA SOSIAL TERHADAP REMAJA


OBSES DENGAN INSTAGRAM


Instagram adalah sebuah aplikasi yang digunakan bertujuan untuk  perkongsian gambar dan video yang dikongsian atas talian, instagram juga ialah perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar dan video, serta digunakan oleh pengguna sama ada secara terbuka atau sebaliknya pada aplikasi dengan melalui pelbagai platform rangkaian sosial yang lain, seperti Facebook, Twitter, dan banyak lagi. Pada asalnya, ciri yang tersendiri adalah ia terhad daripada gambar ke bentuk persegi, sama seperti kodak instamatic dan polaroid imej, berbeza dengan 4: 3 nisbah aspek yang biasa digunakan oleh mudah alih kamera peranti. Pada bulan Ogos 2015, versi 7.5 telah dikeluarkan, yang membolehkan pengguna untuk menghantar gambar yang ditangkap dalam apa-apa nisbah.

Antara kesan yang akan dihadapi oleh pelajar apabila terlalu obses menggunakan media sosial seperti instagram ialah, Pelajar akan menjadi kurang fokus pada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini disebabkan pelajar tersebut sentiasa berfikir untuk memuat naik gambar-gambar baharu di dalam instagram. Selain itu, ia dapat menyemai sikap malas kerana terlalu asyik bersosial di Instagram menyebabkan pelajar malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan di sekolah. Mereka asyik sibuk melayan instagram sambil melihat gambar-gambar dan memuat naik video.

Di samping itu, pelajar akan menjadi boros, hal ini demikian kerana apabila pelajar menggunakan instagram dengan kerap sehingga menjadi ketagih, maka keinginan untuk menggunakan pakaian cantik dan bertukar-tukar pakaian dan perhiasan untuk menampakkan diri mereka mempunyai pakaian yang banyak. Mereka juga kerap berbelanja secara atas talian melalui instagram.Akhir sekali adalah, apabila kita sering mendedahkan diri di dalam laman sosial, maka penjenayah akan semakin mudah untuk mendapatkan maklumat dan mengesan keberadaan kita. Hal ini boleh mengundang padah kepada pelajar sekiranya tidak pandai menggunakan laman sosial secara bijak.