PENGGUNAAN CD DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Cakera
padat, atau dalam bahasa inggeris ialah, compact disc. CD adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi
menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di
pasaran pada lewat tahun 1982 masih
merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil. Sebuah
CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut sterio yang
disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada
kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak
120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit dan bergantung
kepada apa yang dirakamkan. Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang
digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20
minit.
Fungsi
dan tujuan untuk menggunakan CD adalah berbeza-beza bergantung kepada individu
itu sendiri. Fungsi utama CD adalah untuk membantu kita dalam menyimpan data,
maklumat, video dan audio. CD berfungsi sebagai alat yang digunakan oleh pelajar
dan pensyarah untuk menyimpan kerja yang telah mereka lakukan. Pelbagai
maklumat yang penting boleh disimpan di
dalam CD. CD kini sudah semakin efisien disebabkan sentiasa ada penambahbaikan
dari masa ke semasa. Data juga boleh disimpan dalam kuantiti yang banyak di
dalam CD mengikut kapasiti sesebuah CD tersebut. Sebagai contoh, pelajar
menyimpan video dokumentari di dalam CD sebelum dihantar kepada para pensyarah.
Video dokumentari tersebut sesuai disimpan di dalam CD untuk diserahkan kepada
pensyarah kerana harga CD adalah murah dan senang untuk dibawa kemana-mana. Selain
itu, pensyarah boleh menggunakan CD untuk pengajaran dengan cara menayangkan
video kepada pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan lagi minat mereka dan
pensyarah mencuba untuk mempelbagaikan
kaedah penyampaikan maklumat kepada pekajar.
Penggunaan
ICT termasuklah CD digunakan oleh pelajar dan pensyarah dalam pendidikan selaras dengan hasrat
Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan
pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana
Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti
pendidikan. ICT menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia
yang menjadi impian Malaysia.